Tentang Intensif
Intesif GCN direka untuk para perintis gereja, pastor, penatua, dan pemimpin pelayanan yang sedang membina gereja berpusatkan injil melalui usaha perintisan gereja dan pemulihan gereja.
Intensif ini merangkumi 3 bahagian:
- Bahagian 1: Pembaharuan Injil
- Bahagian 2: Reka Bentuk Pelayanan
- Bahagian 3: Dinamik Pelayanan
Setiap bahagian merangkumi 10 buah modul selama 3 hari. Para peserta akan menyelami konsep-konsep perintisan gereja di bandar, teologi untuk membangunkan gereja yang sihat, modul-modul kepimpinan, dan pelbagai prinsip-prinsip perintisan gereja.
Tinjauan:
- Bahagian 1: Intensif Pembaharuan Injil (wajib sebelum mengikut Bahagian 2 dan 3)
Intensif ini direka agar para peserta dapat menyelami injil secara mendalam, menolong mereka mengaplikasikan injil dalam hidup masing-masing, dan memahami bagaimana injil membentuk dan memperkasakan setiap aspek di gereja mereka.
- Bahagian 2: Intensif Reka Bentuk Pelayanan
Intensif ini direka untuk membimbing para peserta berfikir tentang soalan-soalan kontekstual yang penting: Bagaimanakah pendekatan pelayanan kita boleh disesuaikan untuk konteks bandar? Bagaimanakah injil membentuk jalur-jalur pemuridan, penyembahan, dan misi?
- Bahagian 3: Intensif Dinamik Pelayanan
Intensif ini menjawab soalan cepu emas seperti: Bagaimanakah injil dapat mempengaruhi dan menjana inisiatif-inisiatif pembangunan kepimpinan, penginjilan, iman dan kerja, serta belas kasihan dan keadilan untuk berhasil di bandar kita, sambil tetap setia kepada injil di rumahtangga kita?
Akan Datang:
Intensif Pembaharuan Injil
Tarikh:
5-8 April 2027
Lokasi:
Lembah Klang
Siapa Yang Harus Hadir?
Jika anda ialah seorang perintis gereja, pastor, penatua, atau pemimpin pelayanan yang sedang melayani secara aktif dalam membentuk visi, fungsi, dan arah gereja, anda sesuai untuk menyertai Intensif ini!
Apa Yang Diperlukan?
- Turutan Kursus: Setiap peserta harus melalui Intensif Pembaharuan Injil sebelum melanjutkan diri ke Intensif Reka Bentuk Pelayanan atau Intensif Dinamik Pelayanan. Walaupun peserta disyorkan untuk mengikut turutan (Bahagian 1 -> Bahagian 2 -> Bahagian 3), peserta diberi pilihan untuk mengikut Bahagian 3 dahulu sebelum Bahagian 2.
- Semakan Permohonan: Proses permohonan akan dijalankan untuk memastikan program ini sesuai mengikut pengalaman dan konteks pelayanan peserta.
- Pra-Kerja: Setiap peserta wajib melengkapi semua bahan bacaan sebelum Intensif.
- Penyertaan Aktif: Intensif ini berfokus kepada aplikasi kemahiran dan pembentukan kompetensi melalui renungan dinamik serta pembelajaran kumpulan secara kolaboratif.
- Pilihan Bahasa: Intensif GCN terdiri dari tiga landasan bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, dan Bahasa Malaysia. Sila pilih landasan yang anda ingin ikut dalam borang pendaftaran.
Butir-Butir Acara Intensif Yang Akan Datang
Intensif Selanjutnya: Intensif Pembaharuan Injil
Tarikh: 5-8 April 2027 (Daftar masuk pada 5 April; latihan bermula pada pagi 6 April)
Lokasi: Lembah Klang (lokasi tepat bakal disahkan)
Jadual: Sila tatal ke bawah untuk melihat jadual tentatif
Tempoh Permohonan: 20 November 2026 ke 5 Mac 2027
Yuran: RM 800 ke RM 1,000 (yuran bergantung pada pengaturan penginapan dan lokasi)
- Yuran akan merangkumi semua sesi latihan, bahan-bahan, penginapan, sarapan pagi, makan tengah hari, dan rehat minum pagi/petang.
- Yuran tidak termasuk makan malam dan transportasi ke/dari lokasi.
- Nota: Butir-butir pembayaran akan diberi apabila permohonan anda diluluskan.
- Biasiswa: Terdapat jumlah biasiswa yang terhad sewaktu permohonan yang akan diluluskan. Jika anda memerlukan biasiswa, sila nyatakan demikian dalam borang permohonan.
Jadual Intensif
*tentatif
FAQ
Kami amat menggalakkan semua peserta untuk menginap di lokasi program agar dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam pengalaman komuniti tanpa tekanan perjalanan ulang-alik harian. Walau bagaimanapun, jika keadaan anda memerlukan pengaturan tanpa penginapan, sila e-mel terus kepada kami.
Bilik yang disediakan secara standard adalah untuk perkongsian berdua (twin-sharing). Pilihan naik taraf ke bilik individu (single room) boleh dipilih semasa pendaftaran, tertakluk kepada kekosongan.
Harap maklum bahawa pihak kami hanya menyelaras pakej standard untuk peserta sahaja. Kami tidak dapat menguruskan penginapan keluarga, katil tambahan, atau sarapan tambahan. Sebarang permintaan khas perlulah diuruskan terus dengan pihak hotel sepanjang penginapan anda.
Kami tidak dapat menempah tarikh penginapan tambahan bagi pihak anda. Sekiranya anda ingin melanjutkan tempoh penginapan, sila hubungi pihak hotel secara terus untuk menempah malam tambahan.We are not able to book extra accommodation dates on your behalf. If you wish to extend your stay, please contact the hotel directly to book additional nights.Kami tidak dapat menempah tarikh penginapan tambahan bagi pihak anda. Sekiranya anda ingin melanjutkan tempoh penginapan, sila hubungi pihak hotel secara terus untuk menempah malam tambahan.
